Tentang Warga Tanpa Negara

Mereka hanya mahu meneruskan hidup. Bukan mencari negara mereka yang hilang. Jangan paksa mereka mengaku warganegara yang mereka tidak mahu. Mereka bukan Filipina. Bukan pula Melayu dalam konteks bangsa. Mereka sudah tidak bernegara.

Namun, mereka adalah NATIVE di daerah-daerah Kepulauan Sulu termasuklah Pantai Timur Sabah (Sulu Archipelago). Lihat peta geografi.

Sebab itu pihak penjajah sering mendahulukan mereka dalam banyak perkara. Dalam Ordinan Anak Negeri Sabah (1952) yang kemudian dipinda semasa penguasaan PBS menyatakan:

“Any person who is ordinarily resident in Sabah, is a member of the Suluk, Kagayan, Simonol, Sibutu or Ubian people or of a people indigenous to the State of Sarawak or the State of Brunei, has lived as and been a member of a native community…”

Kami tidak menemui teori-teori sejarah kedatangan warga ini ke Sabah. Sememangnya mereka berasal dari sini (orang terawal). Bukan dari tanah tinggi China atau pergunungan Indochina. Hanya interpretasi beberapa penulis sejarah kononya datang pada abad ke-16 dari Filipina. Wujudkah Filipina pada abad itu? Orang asal pesisir ini menjadikan Laut Sulu lebuhraya mereka sejak zaman purba. Sabah adalah kampung halaman mereka.

Mereka telah digelar AMPHIBIAN WARRIORS oleh penulis Eropah kerana keberanian berperang di laut dan daratan menentang penjajah di wilayah kekuasaan mereka dan membantu wilayah lain yang memerlukan bantuan perang. Mereka bukan HEAD HUNTERS yang hanya memerangi jiran-jiran dan menggantung tengkorak kepala di bumbung rumah. Perjuangan mereka merentasi sempadan negara dan bangsa. Siapa tidak kenal Mat Salleh dan Datu Tating.

Setelah terbentuknya Filipina 1946 dan Malaysia 1963 warga ini tersepit diantara dua negara. Barulah lahir istilah warga tanpa negara dan PATI, bagi yang tiada IC. Lagi kejam digelar pendatang haram. Itulah nasib generasi pahlawan amfibia walau sudah bertan darah nenek moyang mereka telah tumpah di bumi Sabah.

Namun bgitu tradisi kepimpinan tetap mereka warisi. Menariknya, dari ratusan tahun dahulu, zaman Kesultanan Sulu hingga zaman Tun Datuk Mustapha dan kini Datuk Seri Syafie Apdal dan TYT Sabah, Mereka tidak menunjukkan kepimpinan rasis. Mereka menyantuni dan baik kepada semua kaum Sabahan. Mereka tidak mengangkat suku bangsa mereka begitu tinggi dan menjatuhkan kaum yang lain. Inilah antara kaedah kepimpinan Islam.

Maka dalam megatasi isu PATI dan Unducumented di Sabah pemimpin perlu mempertimbangkan faktor sejarah, ekonomi dan kemanusiaan. Keputusan pemimpin negeri Sabah yang baru ingin melegalisasikan pekerja yang bermasalah IC adalah rasional dan realistik. Tindakan yang berani tanpa dipengaruhi oleh ahli politik lain yang berkepentingan dan rasis. Ini adalah keputusan kerajaan bukan parti jadi perlu dihormati.

Rujukan penting: The Sulu Zone 1768-1898, The Dynamics Of External, Trade, Slavery and Ethnicity in The Transformation Southeast Asian Maritime State. Karya James Francis Warren.

Salam Hari Malaysia 2018.

JANGAN KATAKAN KEPADA SAYA DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
KATAKAN PADA SAYA DI MANA ADA LAUNGAN TAKBIR DI SITU NEGARA KITA.

Nukilan: Najal (MA), 2018

I BUILT MY SITE FOR FREE USING