PROS

Martabbatun In Akkal Buddi

Pertubuhan Profesional Suluk Sabah (PROS) adalah pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Petubuhan Malaysia (ROS). Ditubuhkan bertujuan menghimpun golongan profesional Suluk supaya dapat menyumbang dalam pembangunan komuniti Suluk dan warga setempat khasnya di Sabah.

Visi PROS adalah terbinananya satu masyarakat berbilang kaum yang hidup aman dan damai disamping sama-sama mengecapi kemajuan dalam perlbagai aspek kehidupan sesuai dengan tuntutan zaman.

Bagi mencapai visi ini, misi akan dilaksanakan melalui beberapa platform penting seperti pendidikan, kebudayaan, kerohanian atau moral dan sains teknologi.

Matlamat
  • Wadah perjuangan buat masyarakat terutama Profesional Suluk  untuk menjadi penyumbang kepada aspirasi perpaduan negara.
  • Menyediakan ruang perkumpulan bagi masyarakat Suluk untuk menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan.
  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat khususnya kaum Suluk.
  • Membuat penulisan dan penerbitan buku, risalah dan lain-lain bahan bacaan.
Pengenalan image

Penulisan dan Penerbitan

PROS menekankan budaya membaca di kalangan ahli dan galakan untuk aktif dalam penulisan dalam usaha memperkasa masyarakat.

Ketahui Lebih Lanjut

Kebudayaan

Dalam menjaga identiti bangsa, kebudayaan adalah elemen penting. PROS sangat serius dalam mepertahankan budaya kaum Suluk supaya tidak terhakis oleh arus pemodenan.

Ketahui Lebih Lanjut

Kemasyarakatan

Program-program kemasyarakatan perlu terus dilaksanakan sebagai sarana penting pembangunan masyarakat khususnya komuniti Suluk dan masyarakat setempat di Sabah.

Ketahui Lebih Lanjut

Perundingan dan Guaman

Bagi pelawat yang memerlukan perkhidmatan profesional, berikut senarai perkara yang kami sedia membantu untuk perundingan: -Pemilikan rumah atau hartatanah - Penyelidikan - urusan dokumentasi mengikut prosedur undang seperti membuat surat akuan. Pihak kami sedia berunding menggunakan kepakaran ahli-ahli kami. Untuk mendapatkan perkhidmatan boleh terus hubungi admin atau wharsapp ke No. Tel: 01112091343

Ketahui Lebih Lanjut

Kaunseling dan Motivasi

Kami juga memiliki ahli-ahli yang berpengalaman memberi motivasi dan kaunseling. Melalui ruang ini kami sedia berunding untuk aktiviti kauseling dan motivasi.

Ketahui Lebih Lanjut

Pendidikan dan Tuesyen

Pendidikan adalah antara misi kami yang penting. Oleh itu, ahli-ahli profesional dan graduan yang bersama kami sedia membantu melalui platform aktiviti yang kami rancang dan laksanakan. Antaranya sedia menjadi tenaga pengajar kelas tuesyen kepada anak-anak yang didaftarkan kepada kami.

Ketahui Lebih Lanjut

Perniagaan dan Perkhidmatan

Kepada yang ingin membeli produk online atau kepada mereka yang ingin berniaga melalui platform kami, kami sedia bekerjasama dengan kalian untuk jualan, iklan dan pelbagai perkhidmatan.

Ketahui Lebih Lanjut
Maaf, pendaftaran telah tamat.

Program yang bakal mengukir sejarah untuk kaum Suluk kerana akan mengangkat martabat budaya yang semakin dipinggirkan. Kita harap program ini mendapat sambutan semua pihak khususnya masyarakat di Sabah.Baca Lagi


  • Tarikh: 03/07/2019 20:00
  • Lokasi: Lahad Datu, Sabah, Malaysia (Peta)

Baca Lagi

Akademik

Fiksyen

Sapi Mandangan Apu Daguan

Karya Nelson Dino, 2018

  

RM15

Nelson Dino

Presiden

Penulis Bebas. Ahli Akademik; Sarjana Sastera (MA) lulusan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pengkhususan Seni dan Warisan.

Mohd. Fazil Ajak

Timb. Presiden (pemangku, merangkap Exco Perhubungan PROS)

Rektor Kolej. Sarjana Pendidikan (ME) dengan pengkhususan Pengajian Bahasa Melayu dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Abdul Najal Punjung

Setiausaha Agung

Ahli akademik. Sarjana Sastera (MA) Geografi lulusan Universiti Malaysia Sabah. Pengkhususan Klimatologi (Pengetahuan Tradisional).

Normah Naser

Bendahari

Bendahari di Syarikat Ankatan Hebat Kota Kinabalu. Lulusan Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

  • Kota Kinabalu, Sabah Malaysia
I BUILT MY SITE FOR FREE USING