Pertubuhan Profesional Suluk Sabah (PROS) adalah pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Petubuhan Malaysia (ROS). Ditubuhkan bertujuan menghimpun golongan profesional Suluk supaya dapat menyumbang dalam pembangunan komuniti Suluk dan warga setempat khasnya di Sabah.

Visi PROS adalah terbinananya satu masyarakat berbilang kaum yang hidup aman dan damai disamping sama-sama mengecapi kemajuan dalam perlbagai aspek kehidupan sesuai dengan tuntutan zaman.

Bagi mencapai visi ini, misi akan dilaksanakan melalui beberapa platform penting seperti pendidikan, kebudayaan, kerohanian atau moral dan sains teknologi.

Matlamat
  • Wadah perjuangan buat masyarakat terutama Profesional Suluk  untuk menjadi penyumbang kepada aspirasi perpaduan negara.
  • Menyediakan ruang perkumpulan bagi masyarakat Suluk untuk menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan.
  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat khususnya kaum Suluk.
  • Membuat penulisan dan penerbitan buku, risalah dan lain-lain bahan bacaan.
Pengenalan image
I BUILT MY SITE FOR FREE USING